Selami keunikan budaya dan warisan di bumi Korea Selatan
Seoul merupakan ibu negara Korea Selatan serta salah satu bandar metropolitan utama dunia, dengan populasi hampir 10 juta penduduk. Terletak berhampiran Sungai Han di barat laut Korea Selatan, Seoul terkenal sebagai bandar yang menggabungkan kemodenan, sejarah dan budaya dalam satu destinasi yang unik.
Bandar ini dikenali dengan bangunan pencakar langit yang moden, sistem pengangkutan awam berteknologi tinggi, pengaruh budaya pop K-Pop dan K-Drama, di samping warisan bersejarah seperti istana diraja, tokong Buddha serta pasar jalanan yang sentiasa meriah.
Antara tarikan utama di Seoul termasuk Nami Island, N Seoul Tower, Gyeongbokgung Palace, Hongdae Street, Myeongdong Shopping Street, Dongdaemun Design Plaza, Starfield Library, Namdaemun Market, Gwanghwamun Square, Itaewon Mosque serta Everland Theme Park yang popular dalam kalangan pelancong.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di Seoul, antaranya sightseeing di Nami Island, berseronok seharian di Everland Theme Park, bermain salji dan ski di Vivaldi Ski Park, shopping di street market, food hunting makanan Korea, menikmati suasana malam bandar Seoul, belajar membuat kimchi, memakai Hanbok di Gyeongbokgung Palace, serta menerokai jejak komuniti Islam di Itaewon Mosque.
Jom terokai Seoul selama 6 hari 4 malam penuh keseronokan! Pakej lengkap dengan tiket pergi-balik, hotel selesa, pengangkutan persendirian, dan makanan tempatan yang mesra Muslim. Setiap hari ada pengalaman baru dari lawatan ke Istana Gyeongbokgung, pemandangan cantik di Namsan Tower dan Pulau Nami, hinggalah shopping sakan di Myeongdong, Insadong dan Itaewon.
Jangan lupa rasa bibimbap, kimchi dan street food Korea yang sedap. Sesuai untuk semua, sama ada kaki shopping, foodie atau pencinta budaya. Setiap hari menjanjikan pengalaman menyeronokkan dan memori manis di Seoul yang pasti akan diingati.
Meet up with IKHLAS Tour Leader and check in at Kuala Lumpur International Airport KLIA 2.
Arrival in Incheon International Airport.
Discover the history of South Korea and explore the fun and fashionable districts of Seoul!
Bayaran deposit sebanyak RM365 bagi setiap peserta untuk mengesahkan slot.
Bayaran penuh perlu dijelaskan 45 hari sebelum tarikh berlepas.
Tarikh dan jadual penerbangan adalah tertakluk kepada pengesahan serta sebarang perubahan oleh pihak syarikat penerbangan dan pengendali darat.
Sebarang bayaran yang dibuat adalah tidak boleh dikembalikan.